Blogger Templates by Blogcrowds

Perjalanan hidup ini mungkin nampak sempurna di mata orang, tapi diri yang mengharungi ini terasa sukar dek kerana pelbagai rintangan serta pancaroba yang mendatang.

   Tanggal 22 jun 1996, diri ini memulakan detik hidup di samping keluarga yang tercinta. Menjadi anak sulung bukan satu perkara yang mudah. Menjadi contoh teladan adalah salah satu tanggungjawab. Seawal usia tujuh tahun aku telah menjejakkan kaki ke bangku persekolahan.

   2008 merupakan tahun yang gemilang buatku setelah pelbagai usaha dan titisan keringat yang telah ku korbankan… 5A telah ku genggam dalam UPSR. Pencapaian itu telah menawarkan diri ini ke sekolah berasrama penuh di sabak bernam. Namun, demi untuk memenuhi hasrat orang tua..aku beralih arah ke sekolah menengah agama di kuala lumpur.

   Tiga tahun berlalu dengan begitu pantas sekali..2011 tiba dengan penuh debaran. Peperiksaan PMR menjelang… kehidupan asrama membuat aku leka. 9A yang diimpikan tidak dapat dirampas, hanya memperoleh 7A sahaja. Bukan aku tidak bersyukur dengan ketentuan Allah itu, tetapi aku sedih kerana tidak dapat mengembirakan hati kedua-dua ibu bapa ku.

   Sekolah agama membuatkan insan diluar sana memandang tinggi terhadap ku. Aku berasa segan kerana diri ini adalah sama seperti manusia biasa di luar sana. Orang luar terlalu memandang hebat sampai satu ketika….aku rasa terpinggir. Walhal, makhluk-makhluk di asrama agama tersebut sama saja.

   Tahun 2013 memberi tamparan yang hebat buat diri yang bernama insan ini. Tidak senang duduk dibuatnya. SPM kulalui dengan penuh drama. Sijil penentu masa depan ini akan membuktikan siapa sebenarnya diri ini. Harapan yang yang menggunung dipikul untuk memperoleh keputusan cemerlang. Harapan itu membuatkan aku bagaikan bermimpi.

   Impian yang diharapkan telah musnah berkecai apabila keputusan keluar. Kecemerlangan yang ditunggu tidak berkunjung tiba. Luruh hati ini. Insan yang dulunya di anggap cemerlang kini tiada apa lagi. Mungkin dulu aku disanjung hebat kerna orang tuaku seorang pegawai kerajaan. Aduh…pedihnya rasa hati ini. Permulaan yang hebat tidak menjamin masa depan yang cerah…..jika tiada usaha yang berterusan dan berkat dari Ilahi

Ilmu dalam Kehidupan

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.



Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.


Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?


Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:


Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.


(al-Faatir: 28)

Newer Posts Home