Demokrasi dan pilihan
raya
Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia melalui pengamalan
proses pilihan raya yang memberi kuasa kepada parti politik yang memenangi
bilanagan kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum untuk memerintah Negara.
Parti akan mendapat mandat dari rakyat untuk mengetuai dan membentuk sebuah
kerajaan yang demokrasi melalui sistem Berperlembagaan.
Ciri-ciri sistem
berperlembagaan
·
Raja Berperlembagaan, Parlimen, Parti-parti Politik,
Pilihan Raya, Kuasa Pemerintahan, dan Kebebasan Asasi.
Pilhan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun atau
kurang untuk memilih wakil rakyat ke parlimen dan Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Sejarah Dan
Perkembangan Pilihan Raya
Ø Kawasan pilihan
raya bertambah kerana pertambahan penduduk
Ø 1951, pilihan
raya pertama di Tanah Melayu untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Ø 1952, pilihan
raya untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Parti Perikatan UMNO-MCA telah
memenangi 9 daripada 12 kerusi.
Ø 1955, Pilihan Raya Umum Pertama (PRU). Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Ø isu utama yang
diperjuangkan ialah kemerdekaan dan permuafakatan antara kaum.
Ø PRU pada tahun
1959 dan 1969 memusatkan perlaksanaan dasar kerajaan demi kepentingan kaum
masing-masing.
Ø PRU pada tahun
1964 dan 1974 memperlihatkan kepentingan kestabilan politik akibat masalah
Konfrontasi Indonesia (1963) dan Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969.
Faktor yang mempengaruhi keputusan pilihan raya ialah
ketokohan calon, kekuatan parti politik, dasar parti dan kerajaan yang
memerintah.
Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR)
Tujuan – Perkara 113 hingga 120, Perlembagaan
Persekutuan menyentuh dasar SPR untuk memelihara,
menyelia dan mengekalkan proses demokrasi
melalui pilihan raya yang adil.
Peranan – urusan pendaftaran pemilih dan
penyemakan pendaftaran. Selain itu, SPR juga menjalankan pilihan raya untuk
mengisi kekosongan kerusi. SPR juga mengkaji dan menyempadankan semula bahagian pilihan raya. Mendaftarkan
calon-calon yang bertanding. Menerima dan menyelidik rayuan tentenag keputusan
pilihan raya.
Keanggotaan – YDPA dan Majlis Raja-raja berunding
untuk melantik ahli-ahli SPR yang terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan lima orang pembantu urusan SPR.
SPR bebas kawalan
politik. Urusetia
SPR melaksanakan dasar, fungsi dan keputusan SPR. Ahli-ahli terdiri daripada
sorang setiausaha sebagai ketua pentadbir, pegawai pilihan raya negeri yang
mengetuai pejabat pilihan raya negeri dan kakitangan urusetia.
Syarat-syarat menjadi SPR ialah berumur kurang daripada 65
tahun, tidak muflis, tidak memegang jawatan yang bergaji lain dan bukan ahli
parti politik.
Elemen Penting Pilihan
Raya
Peraturan pilihan raya
– parti yang
memenangi undian majoriti di Parlimen dan DUN akan membentuk kerajaan.
Undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya telah diwujudkan. Antaranya
ialah :
·
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)
·
Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 9)
·
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan
Raya) 1981
·
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)
1971
·
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Melalui
Pos Bagi Semenanjung Malaysia) 1959
·
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Melalui
Pos Bagi Sabah dan Sarawak) 1968
Pengundi – membuang dua kertas undi untuk
Parlimen dan DUN kecuali penduduk Wilayah Persekutuan. Antara syarat kelayakan
pendaftaran pengundi ialah warganegara,
umur 21 tahun keatas, telah berdaftar dengan SPR, bermastautin dan tidak hiang kelayakan.
Undi Pos adalah untuk mereka yang menetap di
luar kawasan pilihan raya. Individu yang terlibat ialah anggota perkhidmatan awam, pegawai SPR yang bertugas pada hari
mengundi, anggota polis, pegawai tentera yang berkhidmat di hutan dan pelajar di luar Negara.
Calon Pilihan Raya – syarat menjadi calon pilihan raya
ialah warganegara, umur 21 tahun keatas,
sempurna akal, tidak muflis, tidak pernah dipenjarakan melebihi 12 bulan, tidak
pernah didenda RM2000 keatas tanpa pengampunan, bermastautin dan tidak memegang
jawatan dalam perkhidmatan awam. Calon wajib mengemukakan penyata
perbelanjaan dalam tempoh 31 hari.
Bahagian Pilihan Raya – Pembahagian kawasan pilihan raya
bergantung kepada jumlah penduduk dan luas kawasan. SPR bertanggungjawab menyempadankan
bahagian pilihan raya dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun selepas
tarikh akhir penyempadanan dan tidak lebih daripada 10 tahun.
Tempoh Perlaksanaan
Pilihan Raya – pilihan
raya akan dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Majlis Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya kecil juga mesti diadakan 60 hari untuk
mengisi kekosongan luar jangkaan seperti berlaku kematian,perletakan jawatan
atau perlucutan keahlian. Namun, bagi Sabah dan Sarawak 90 hari diperuntukkan.
Kekosongan luar jangkaan tidak perlu diisi jika berlaku dua tahun sebelum
tamatnya tempoh DUN melainkan dimaklumkan oleh Speaker.
Labels: belajar
Subscribe to:
Posts (Atom)