Blogger Templates by Blogcrowds

Pilihan Raya dan SPR

Demokrasi dan pilihan raya

Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia melalui pengamalan proses pilihan raya yang memberi kuasa kepada parti politik yang memenangi bilanagan kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum untuk memerintah Negara. Parti akan mendapat mandat dari rakyat untuk mengetuai dan membentuk sebuah kerajaan yang demokrasi melalui sistem Berperlembagaan.

Ciri-ciri sistem berperlembagaan

·         Raja Berperlembagaan, Parlimen, Parti-parti Politik, Pilihan Raya, Kuasa Pemerintahan, dan Kebebasan Asasi.
Pilhan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun atau kurang untuk memilih wakil rakyat ke parlimen dan Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sejarah Dan Perkembangan Pilihan Raya

Ø  Kawasan pilihan raya bertambah kerana pertambahan penduduk
Ø  1951, pilihan raya pertama di Tanah Melayu untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Ø  1952, pilihan raya untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 9 daripada 12 kerusi.
Ø  1955, Pilihan Raya Umum Pertama (PRU). Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Ø  isu utama yang diperjuangkan ialah kemerdekaan dan permuafakatan antara kaum.
Ø  PRU pada tahun 1959 dan 1969 memusatkan perlaksanaan dasar kerajaan demi kepentingan kaum masing-masing.
Ø  PRU pada tahun 1964 dan 1974 memperlihatkan kepentingan kestabilan politik akibat masalah Konfrontasi Indonesia (1963) dan Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969.
Faktor yang mempengaruhi keputusan pilihan raya ialah ketokohan calon, kekuatan parti politik, dasar parti dan kerajaan yang memerintah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Tujuan – Perkara 113 hingga 120, Perlembagaan Persekutuan menyentuh dasar SPR untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi melalui pilihan raya yang adil.
Peranan – urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan pendaftaran. Selain itu, SPR juga menjalankan pilihan raya untuk mengisi kekosongan kerusi. SPR juga mengkaji dan menyempadankan  semula bahagian pilihan raya. Mendaftarkan calon-calon yang bertanding. Menerima dan menyelidik rayuan tentenag keputusan pilihan raya.
Keanggotaan – YDPA dan Majlis Raja-raja berunding untuk melantik ahli-ahli SPR yang terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan lima orang pembantu urusan SPR.
SPR bebas kawalan politik. Urusetia SPR melaksanakan dasar, fungsi dan keputusan SPR. Ahli-ahli terdiri daripada sorang setiausaha sebagai ketua pentadbir, pegawai pilihan raya negeri yang mengetuai pejabat pilihan raya negeri dan kakitangan urusetia.
Syarat-syarat menjadi SPR ialah berumur kurang daripada 65 tahun, tidak muflis, tidak memegang jawatan yang bergaji lain dan bukan ahli parti politik.

Elemen Penting Pilihan Raya

Peraturan pilihan raya – parti yang memenangi undian majoriti di Parlimen dan DUN akan membentuk kerajaan. Undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya telah diwujudkan. Antaranya ialah :
·         Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)
·         Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 9)
·         Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981
·         Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 1971
·         Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Melalui Pos Bagi Semenanjung Malaysia) 1959
·         Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Melalui Pos Bagi Sabah dan Sarawak) 1968

Pengundi – membuang dua kertas undi untuk Parlimen dan DUN kecuali penduduk Wilayah Persekutuan. Antara syarat kelayakan pendaftaran pengundi ialah warganegara, umur 21 tahun keatas, telah berdaftar dengan SPR, bermastautin dan tidak hiang kelayakan.

Undi Pos adalah untuk mereka yang menetap di luar kawasan pilihan raya. Individu yang terlibat ialah anggota perkhidmatan awam, pegawai SPR yang bertugas pada hari mengundi, anggota polis, pegawai tentera yang berkhidmat di hutan dan pelajar di luar Negara.

Calon Pilihan Raya – syarat menjadi calon pilihan raya ialah warganegara, umur 21 tahun keatas, sempurna akal, tidak muflis, tidak pernah dipenjarakan melebihi 12 bulan, tidak pernah didenda RM2000 keatas tanpa pengampunan, bermastautin dan tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. Calon wajib mengemukakan penyata perbelanjaan dalam tempoh 31 hari.

Bahagian Pilihan Raya – Pembahagian kawasan pilihan raya bergantung kepada jumlah  penduduk dan  luas kawasan. SPR bertanggungjawab menyempadankan bahagian pilihan raya dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh akhir penyempadanan dan tidak lebih daripada 10 tahun.

Tempoh Perlaksanaan Pilihan Raya – pilihan raya akan dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya kecil juga mesti diadakan 60 hari untuk mengisi kekosongan luar jangkaan seperti berlaku kematian,perletakan jawatan atau perlucutan keahlian. Namun, bagi Sabah dan Sarawak 90 hari diperuntukkan. Kekosongan luar jangkaan tidak perlu diisi jika berlaku dua tahun sebelum tamatnya tempoh DUN melainkan dimaklumkan oleh Speaker.



1 comments:

dh jadi tutor skrg..

23 February 2015 at 00:05  

Post a Comment

Older Post Home