Perjalanan hidup ini mungkin nampak sempurna di mata orang,
tapi diri yang mengharungi ini terasa sukar dek kerana pelbagai rintangan serta
pancaroba yang mendatang.
Tanggal 22 jun
1996, diri ini memulakan detik hidup di samping keluarga yang tercinta. Menjadi
anak sulung bukan satu perkara yang mudah. Menjadi contoh teladan adalah salah
satu tanggungjawab. Seawal usia tujuh tahun aku telah menjejakkan kaki ke
bangku persekolahan.
2008 merupakan
tahun yang gemilang buatku setelah pelbagai usaha dan titisan keringat yang
telah ku korbankan… 5A telah ku genggam dalam UPSR. Pencapaian itu telah
menawarkan diri ini ke sekolah berasrama penuh di sabak bernam. Namun, demi
untuk memenuhi hasrat orang tua..aku beralih arah ke sekolah menengah agama di
kuala lumpur.
Tiga tahun berlalu
dengan begitu pantas sekali..2011 tiba dengan penuh debaran. Peperiksaan PMR
menjelang… kehidupan asrama membuat aku leka. 9A yang diimpikan tidak dapat
dirampas, hanya memperoleh 7A sahaja. Bukan aku tidak bersyukur dengan ketentuan
Allah itu, tetapi aku sedih kerana tidak dapat mengembirakan hati kedua-dua ibu
bapa ku.
Sekolah agama
membuatkan insan diluar sana memandang tinggi terhadap ku. Aku berasa segan
kerana diri ini adalah sama seperti manusia biasa di luar sana. Orang luar
terlalu memandang hebat sampai satu ketika….aku rasa terpinggir. Walhal,
makhluk-makhluk di asrama agama tersebut sama saja.
Tahun 2013 memberi
tamparan yang hebat buat diri yang bernama insan ini. Tidak senang duduk
dibuatnya. SPM kulalui dengan penuh drama. Sijil penentu masa depan ini akan
membuktikan siapa sebenarnya diri ini. Harapan yang yang menggunung dipikul
untuk memperoleh keputusan cemerlang. Harapan itu membuatkan aku bagaikan
bermimpi.
Impian yang
diharapkan telah musnah berkecai apabila keputusan keluar. Kecemerlangan yang
ditunggu tidak berkunjung tiba. Luruh hati ini. Insan yang dulunya di anggap
cemerlang kini tiada apa lagi. Mungkin dulu aku disanjung hebat kerna orang
tuaku seorang pegawai kerajaan. Aduh…pedihnya rasa hati ini. Permulaan yang
hebat tidak menjamin masa depan yang cerah…..jika tiada usaha yang berterusan
dan berkat dari Ilahi
Labels: Kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
uhhhh, i'm speechless...
Unknown said...
28 August 2014 at 02:12
this world is like a wheel..one day it will spin to the top again and you have to prove it beb !!!
Unknown said...
28 August 2014 at 02:12